Singapore Press Holdings

Singapore Press Holdings Limited (SPH; Cina: 新加坡报业控股) ialah pertubuhan media di Singapura dengan perniagaan dalam cetakan, internet dan media baru, radio dan media luaran, dan harta dan penjagaan kesihatan. SPH mempunyai lebih 5,000 pekerja, termasuk sekumpulan kira-kira 1,000 wartawan, termasuk koresponden yang beroperasi di seluruh dunia. Syarikat itu adalah salah satu kaunter "cip biru" negara di Bursa Saham Singapura, dan merupakan penyusun Indeks Straits Times.

Singapore Press Holdings

Industri Penerbitan, media massa
Perancang utama Dr Lee Boon Yang (pengerusi)
Ng Yat Chung (CEO)
Anthony Tan (timbalan CEO)[1]
Ibu pejabat Singapura
Laman sesawang www.sph.com.sg
Keluaran Penerbitan
Ditubuhkan 1 Januari 1984
Didagangkan sebagai SGX: T39
Jenis Syarikat awam
Nama asal 新加坡报业控股